navbar

KONSEP KEJIRANAN

Salah satu dari ajaran islam yang amat penting bagi menjamin kesejahteraan adalah amalan hidup berjiran. Fitrah manusia dimuka bumi ini tidak boleh hidup berseorangan. Oleh itu,islam telah menekankan kepentingan menjalinkan hubungan dalam kalangan masyarakat sekeliling iaini berjiran. Hubungan yang baik dapat membentuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling menyayangi,menghormatia dan sebagainya.

Islam juga menitik beratkan hubungan kejiranan kerana jiran merupakan salah satu cara hidup islam. Umat islam perlulah menghormati dan menjagakeselamatan diri dan harta benda. Dengan cara ini aspek kejiranan akan menjadi utuh.

Allah SWT berfirman yang bermaksud “Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak anak yatim, orang orang miskin,jiran tetangga yang dekat dan jauh, orang musafir dan hamba yang kamu miliki”

Banyak aklak kejiranan antara muslim yang perlu kita lakukan bagi keakraban lebih utuh. Seperti menghormati jiran dan pengamalan mereka selagi tidak membewa mudarat, tidak menyinggung perasaan jiran dan memelihara keamanan dengan jiran, menjaga rahsia dan memelihara kepentingan mereka serta tidak berlaku khianat, membantu dan menolong mereka apabila berada dalam kesusahan  dan memberikan layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah dengan mereka.
bm_tips_pic01
Hak-hak jiran pula nabi pernah bersabda iaitu “tahukah kamu apa dia hak jiran tertangga itu?”Yang pertama jika ia meminta tolong kepadamu, engkau akan menolongnya, jika ia minta pinjam, engkau akan memberikan pinjaman kepadanya, jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan memberikannya. Jika ia sakit engkau akan menziarahinya, jika ia mendapat sesuatu kebaikan engkau perlu ucapkan tahniah kepadanya, jika tertimpa bahaya engkau turut bersedih bersamanya. Jika ia meninggal dunia engkau turut menghantar jenazahnya, jangan sesekali engkau meninggikan rumahmu sehingga menyekat angina untuk sampai kerumahnya kecuali dengan izinnya, jangan menganggu perasaannya dengan bau masakan kamu melainkan engkau akan mmberiknya sedikit daripada makanan itu. Jika engkau beli buah buahan  beikannya sedikit dan jika engkau tidak mahu mmberikannya maka hendaklah kamu bawa masuk kerumah secara rahsia.

No comments:

Post a Comment