Pergaulan merupakan proses sosialisasi antara sesame manusia. Oleh itu, islam menetapkan peraturan pergaulan antara sesama manusia dan antara lelaki dengan perempuan. Seseorang itu tidak boleh dipisahkan dengan kehidupan bermasyarakat. Menurut Mohd. So’od(2010), terdapat tiga peringkat dalam memulakan pergaulan. Peringkat pertama ialah peringkat berkenalan, peringkat ini dapat membantu kita untuk saling kenal-mengenali dalam memulakan satu sesuatu hubungan. Melalui cara ini, kita dapat mengetahui sifat, bangsa, agama, kegemaran dan kedudukan yang ada pada diri seseorang. Yang kedua peringkat memahami, peringkat ini kita dapat memahami dengan lebih mendalam tentang mereka yang berhubungan dengan kita. Pada peringkat inilah kita dapat memahami latar belakang seseorang itu, akhlak dan sifat seseorang. Dengan mengetahui latar belakang ini kita dapat memilih rakan atau sahabat yang terbaik bagi kita. Hal ini merupakan satu perkara yang penting kerana rakan merukan cermin kepada diri kita itu sendiri. Jika baik akhlak rakan itu maka baiklah akhlak kita, jika tidak mungkin sedikit sebanyak akan mempengaruhi kita. Peringkat yang terakhir sekali ialah peringkat tolong-menolong, peringkat ini merupakan apabila hubungan kita dengan rakan kita menjadi lebih akrab. Namun, apa saja tindakan yang kita lakukan semasa bergaul haruslah mengikut syariat islam.

Terdapat satu perkara yang penting yang tidak boleh kita tinggalkan dalam agama islam iaitu, mengenai aurat bagi lelaki dan perempuan. Dari sudut fiqah, aurat merujuk bahagian tubuh badan yang wajib dilindungi dari pandangan. Aurat lelaki ialah, dari pusat sampai lutut namun wajib bagi lelaki menutup anggota yang berdekatan dengan aurat yang wajib supaya aurat ini dapat terus terjaga. Dari segi pakain pula, pakaian yang dipakai oleh kaum lelaki haruslah sentiasa longgar dan sehingga tidak menampakkan apa-apa yang hendak dilindungi. Selain itu pakain lelaki tidak boleh menyerupai pakain wanita dan pakaian orang-orang kafir. Bagi perempuan pula ialah, wajib bagi wanita menutup keseluruhan badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangannya. Dari segi pakain pula ialah, pakaian yang dipakai haruslah menutup aurat seperti yang dibenarkan oleh islam. Pakaian wanita juga haruslah longgar supaya tidak menampakkan susuk tubuhnya. Pakain wanita perlulah tebal, tidak menampakkan warna kulit dan besifat tidak menarik perhatian dan syahwat kaum lelaki. Wanita tidak dibenarkan sama sekali memakai pakaian yang menyerupai pakain lelaki dan pakaian-pakaian orang-orang kafir.
Allah SWT memerintahkan hamba-hambanya menjaga adab dan batas-batas pergaulan bagi menghalang perbuatan yang serong antara lelaki dan perempuan. Umat islam mestilah menjaga adab dan batas-batas pergaulan setiap masa tidak kira dimana sahaja kita berada. Beberapa adab yang perlu diikuti ketika bergaul iaitu, memelihara pandangan lelaki dan perempuan, menutup aurat secara sempurna, tidak berdua-duaan antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram, menjaga perkataan dan mengawal perbualan, mengawal perhiasan dan menghindari tempat yang tidak baik seperti pusat-pusat hiburan.
Adab dan batas-batas pergaulan amat penting bagi umat islam. Hal ini demikan akan menimbulkan kesan-kesan buruk kepada seseorang itu. Antaranya ialah, merosakkan jiwa dan akhlak. Jiwa yang rosak akan membentuk akhlak yang buruk. Hati akan menjadi hitam akibat dosa-dosa yang ditanggung. Seseorang itu sukar untuk mendekati allah SWT akibat dosa maksiat yang telah dilakukan. Untuk menghilangkan kekotoran tersebut, kita mestilah bertaubat dan memohon keampunan dari allah SWT. Selain itu menyuburkan zian, apa yang dimaksudkan dengan menyuburkan zina ialah pergaulan bebas tanpa ikatan dan batasan akan menjadi punca kepada perbuatan zina dalam kalangan manusia. Oleh yag demikian, kita diperintahkan menundukkan pandangan supaya nafsu serta keinginan dapat dikawal.
Disamping itu kesan buruk timbul dari pergaulan bebas, merosakkan maruah diri, masyarakat dan negara. Tanpa maruah seseorang itu tidak dihormati dan hilang harga dirinya. Masyarakat juga turut menerima kesan daripada pergaulan bebas ini. Kesan buruk yang terakhir ialah, membawa kepada kemurkaan allah SWT. Orang yang melanggar perintah dan larangan allah SWT akan mendapat kemurkaan dari nya. Hidup mereka akan sentiasa berada dalam keresahan, tidak tenteram dan tiada lagi ketengan dalam jiwa akibat dosa-dosa yang telah dilakukan.
Kesimpulannya ialah, batas pergaulan amat penting kepada individu, masyarakat serta negara. Hal ini demian akan menunjukkan imej bagi seseoran individu, masyarakat dan negara. Batas- batas ini perlulah dijaga supaya akan dapat mengekalkan kemakmuran negara serta memelihara diri kita dari melakukan apa saja perkara ynag melanggar perintah allah SWT.Al-quran dan hadis sudah menunjukakan garis panduan kepada umat islam bagaimana menjaga batas-batas pergaulan dalam masyarakat. Oleh itu, apa sahaja yang kita lakukan haruslah berpandukan al-quran dn hadis supaya kehidupan kita akan sentiasa diberkati oleh allah SWT.
No comments:
Post a Comment