navbar

KONSEP HUBUNGAN SESAMA MANUSIA

KONSEP PERSAUDARAAN
Konsep persaudaraan boleh ditakrifkan berdasarkan kepada dua bahagian.

1) Dari segi bahasa.
Perkataan persaudaraan adalah terjemahan daripada perkataan Arab iaitu Ukhuwah yang berasal dari akar kata Akhun yang membawa erti sebagai sahabat, teman, saudara dan sebagainya.

2) Dari segi istilah.
Boleh dilihat dari beberapa sudut:
Dari kacamat al-Quran, persaudaraaan diertikan sebagai perasaan kasih sayang, tolong-menolong, bantu membantu, bertolak-ansur, bermesra dan cinta-mencintai diantara sesama umat Islam tanpa berkecuali.

Dari kacamata al-Hadith Rasulullah SAW pula, persaudaraan diertikan lebih kurang sama sepertimana yang dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran. Di mana Rasulullah SAW menghuraikan konsep persaudaraan itu sebenarnya merupakan tubuh badan, darah daging dan roh umat Islam sendiri pada keseluruhannya. Sehingga baginda ibaratkan perasaan persaudaraaan sesama umat Islam sebagai satu tubuh badan apabila satu anggota tubuh badan itu mengalami kecederaan atau terkena sakit, penderitannnya dirasa dan ditanggung bersama oleh seluruh anggota badan. Sehingga seluruh anggota turut sama berjaga malam untuk sama-sama merasai kesakitan yang dialami oleh salah satu daripada anggota yang sakit itu tadi.

Dari kacamata ulamak Islam pula, terdapat dua kumpulan pendapat yang terbesar:Golongan yang mengatakan bahawa konsep persaudaraan ialah dalam bentuk umum. Iaitu persaudaraan tanpa mengira aqidah, bangsa, keturunan, warna, kulit dan sebagainya. Malah asal dinamakan manusia maka perasaan persaudaraan itu wajib dijalin. Golongan kedua menekankan tentang ketunggalan asal usul manusia yang berasal daripada daripada Adam A.S itu bersaudara dan menjadi tanggungjawab mereka untuk mengeratkan persaudaraan dan kemakmuran manusia sejagat.


KONSEP KEJIRANAN

Dari segi bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada bahasa Arab yang membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga.

Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara. Jiran juga bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah individu. Hal ini sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu : 

Maksudnya : “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”.

Berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w menunjukkan bahawa walaupun jarak daripada rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, ia juga dikira sebagai jiran tetangga. Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas, jiran membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita.

Islam membahagikan jiran kepada beberapa bahagian iaitu jiran beragama Islam yang mempunyai pertalian darah, jiran beragama Islam yang tidak mempunyai pertalian darah dan jiran bukan Islam. Dalam erti kata lain jiran jauh dan dekat.


Hak jiran perlu bagi setiap individu untuk pelihara kerana hal ini adalah selari dengan tuntutan agama. Tidak menyakiti jiran dan seringkali memelihara keamanan dengan jiran. Menghormati jiran dan pengamalan mereka selagimana tidak membawa mudharat. Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam maka menghormati dan tidak menganggu kehidupan dan pengamalan mereka misalnya ibadah mereka dalam agama mereka seperti yang dilakukan oleh orang-orang Cina dengan meletakkan tokong di luar rumah maka hendaklah dihormati selagimana tidak membawa bahaya dan mudharat. 


Umat Islam yang bertimbang rasa dan menyedari serta memahami hukum-hukum agama, adalah merupakan manusia yang paling baik hubungannya terhadap jiran-jirannya. Mereka akan sentiasa mencurahkan segala bakti demi kebaikan jiran mereka yang merupakan manusia yang paling mereka kasihi. Islam banyak menyeru umatnya agar sentiasa menjaga dan memelihara hubungan dengan jiran. Menyedari betapa tingginya kedudukan jiran di dalam Islam dan peranannya dalam kehidupan kemanusiaan.



BATAS-BATAS PERGAULAN

Pergaulan dalam bahasa Arab disebutkan ikhtilat berasal daripada kalimah “khalata yakhlutu khaltan” yang bererti bercampur.
             
Maksud pergaulan (ikhtilat) dalam perbincangan ini ialah bergaul atau bercampur di antara lelaki dan perempuan ajnabi (yang sah kahwin) di satu tempat yakni berlaku interaksi dalam bentuk pandang-memandang atau perbuatan di antara seseorang dengan lain. Ertinya, ia berlaku antara tiga orang atau lebih. Ia berbeza dengan khalwat yang hanya terdiri dari dua orang sahaja.

Hukum asal pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi (harus nikah) adalah haram. Namun demikian, pengharaman ini tidak didasarkan kepada nas yang sarih kerana tiada nas sarih mengenai kes ini. Pengharamannya hanya diasaskan kepada hukum lain ynag pada asalnya dikhususkan bagi kaum wanita kerana dalam hukum-hukum terbabit terdapat unsur-unsur pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi. Hukum-hukum yang dimaksudkan ialah; larangan berkhalwat dan musafir tanpa mahram, solat berjemaaah di masjid bagi wanita, hukum jihad bagi wanita-wanita dan hukum solat jumaat bagi wanita.

Seperti yang kita semua maklum, setiap perkara yang dilaksanakan pasti akan ada hukum- hukumnya. Perkara ini juga tidak terkecuali dalam pergaulan seharian kita.

Hukum asal pergaulan dalam Islam adalah harus. Pergaulan sesama manusia adalah dituntut jika untuk tujuan menuntut ilmu, menjayakan dakwah dan tarbiyah, jihad atau apa sahaja yang memerlukan penggembilan tenaga antara wanita dan lelaki.

Liqa’ itu memenuhi adab- adab Islam seperti mana yang digariskan oleh syarak. Hal ini dapat dilihat melalui ayat- ayat yang terdapat dalam Al- Quran, kitab suci umat Islam sepanjang zaman :

- Menjaga pandangan (Nur: 30- 31)
- Memakai pakaian yang menutup aurat (Nur: 31)
- Dalam adab bercakap, kita disuruh untuk menjauhi nada menggoda (Ahzab: 32)
- Adab berjalan, tertib dan sopan (Nur: 31)
- Adab bila melakukan gerakan adalah dengan menjauhi gerakan yang seksi, manja dan ghairah
- Jauhi daripada menggunakan sebarang unsure yang menggoda seperti make- up dan wangi- wangian yang bermotifkan dan berniat menggoda
- Jauhi bersunyi- sunyian tanpa ada muhrim

Langkah-langkah yang betul pergaulan antara lelaki dan perempuan.
- Pertemuan itu hendaklah dalam suasana serius dan mengikut keperluan
- Menahan pandangan daripada melihat aurat atau melihat bukan aurat dengan syahwat
- Menghindari berjabat tangan
- Memakai pakaian yang menepati syariat (menutup aurat)
- Tidak bersesak- sesak dan elok jika ada pemisah
- Menghindari khalwat (berdua- duaan) namun dibolehkan khalwat di kawasan awam yang ada orang ramai atau     seorang lelaki dengan beberapa perempuan yang thiqah (boleh dipercayai dari sudut pegangan agamanya)
- Tidak terlalu lama dan berulang
- Menghindari tempat yang mencurigai
- Menjauhi perbuatan dosa
- Perempuan bercakap tidak menggunakan bahasa yang lunak dan gaya yang menggoda
- Elakkan pergerakkan yang manja dan menggoda.



INTEGRASI BUDAYA DALAM PERAYAAN
Malaysia ialah sebuah negara yang dihuni oleh pelbagai kaum. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia mempunyai kepelbagaian budaya dengan cara hidup yang berbeza. Kebudayaan ialah himpunan kekayaan jasmaniah dan  rohaniah yang dicipta oleh manusia sebagai cara hidup.
Kepelbagaian budaya memerlukan beberapa perkara asas bagi mewujudkan  keharmonian dalam hubungan sosial. Antara perkara asas  tersebut ialah:
-Kemesraan komunikasi
Kemesraan komunikasi boleh di sampaikan melalui bertegur sapa, memberi ucapan salam, sifat lemah lembut dan selalu memberikan senyuman, tidak mengira bangsa, agama dan umur.
-Budaya ziarah-menziarahi
Budaya ziarah- menziarah atau kunjung mengunjung ini sudah menjadi tradisi yang menjadi kewajiban di negara kita  untuk mewujudkan hubungan yang lebih akrab antara kaum atau bangsa.
-Budaya mengambil tahu
Budaya mengambil tahu sesama masyrakat setempat ini adalah sesuatu yang dituntut dalam agama Islam. Budaya ini bertujuan untuk bersikap prihatin terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita. Sebagai contoh, sikap tolong- menolong yang dapat kita praktikkan.
Budaya saling menghormati
Budaya saling menghormati ini merupakan perkara yang harus di titikberatakan pada masa kini tidak mengira umur. Dalam Al-Quran sudah  terkandung dalam surah al-Isra’ ayat ke-70. Sekiranya kita mahu dihormati,  maka kita perlu menghormarti orang lain.
-Budaya mahabbah ( saling berkasih sayang )
Budaya mahabbah ini dapat menghindarkn diri daripada perasaan seperti benci,  hasad dengki dan permusuhan yang boleh mengakibatkan perpecahan perpaduan  sesama keluarga dan masyarakat.
Islam dan masyarakat majmuk
Agama Islam ialah agama rasmi menurut pernyataan Perlembagaan Perseketuan.  Di samping itu, Perlembagaan Malaysia teleh memberikan jaminan tentang hak  kebebasan asasi rakyat di mana agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman.
Antara hak yang jelas disebut dalam Al-Quran dan  sunnah sebagai yang sesuatu perlu dilindungi adalah seperti berikut:
1.    -Hak keselamatan
2.    -Hak dan kebebasan peribadi
3.    -Hak kebebasan tempat tinggal dan bergerak
4.    -Hak dan bebasan beragama serta berfikir
5.    -Hak dan persamaan dalam undang-undang
6.    -Hak dan kebebasan ekonomi
7.    -Hak dan kebebasan bekerja
8.    -Hak memperoleh jaminan sosial
Hukum Menyambut Perayaan Agama lain Menurut Islam
Negara kita mempunyai pelbagai kaum dan perayaan yang disambut pada setiap tahun.  Antara perayaan yang disambut di Malaysia adalah Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji,  Tahun  Baru Cina, Hari Deepavali, Hari Natal dan sebagainya dalm konteks Malaysia,  ucapan  selamat yang diucapkan oleh umat yang beragama Islam kepada masyarakat  bukan Islam  ketika sambutan perayaan mereka adalah diharuskan tetapi dengan  syarat ucapan ini  tidak  mengandungi ungkapan-ungkapan syirik atau karut.

No comments:

Post a Comment