Pengenalan
Perkataan “fitnah” berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud bencana, cubaan dan penyesatan. Manakala kamus Dewan menterjemahkan fitnah sebagai tuduhan, kabar atau kisah yang diadakan atau dibuat untuk memburukkan seseorang. Fitnah secara umumnya adalah pencetus sengketa kerana ia membabitkan tuduhan tanpa bukti, prasangka tanpa asas dan persepsi yang salah. Malah fitnah sering beriringan dengan dendam atau sekurangnya rasa tidak puas hati terhadap pihak yang lain.
Perkataan ‘fitnah’ di dalam Al Qur’an membawa makna yang beragam sesuai dengan konteks kalimatnya. Ada yang bermakna bala bencana, ujian, cubaan, musibah, kemusyrikan, kekafiran, dan sebagainya. Maka perkataan ‘fitnah’ haruslah dipahami secara keseluruhan.
Isu Penyebaran berita palsu
Menurut data CyberSekurity Malaysia, jumlah keseluruhan insiden keselamatan siber yang dirujuk kepada agensi tersebut tahun lalu meningkat sebanyak 12 peratus kepada 11,918 kes berbanding tahun sebelumnya 10,636 kes.
Sepanjang tahun lalu dan awal tahun ini sahaja terdapat beberapa kes-kes penyebaran mesej dan berita palsu disebarkan di media sosial.
Antaranya sekeping gambar seorang pelajar sekolah menggalas beg kotak dipercayai sebagai mangsa banjir di Kelantan. Namun, sebenarnya ia merupakan gambar lama yang diambil pada hari terakhir penggal persekolahan tahun lalu di Sabah.
Selain itu, penyebaran mesej dan berita palsu di media sosial dan aplikasi WhatsApp berlaku secara berleluasa ketika kejadian bah kuning melanda beberapa negeri di Pantai Timur akhir tahun lalu.
Contohnya, penyebaran khabar angin mengatakan bahawa bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai, Kelantan yang dijadikan pusat pemindahan sementara mangsa banjir telah runtuh.
Berita yang kononnya pihak kerajaan cuba menyembunyikan mengenai kematian ramai mangsa banjir turut disahkan sebagai palsu oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Penyebar berita palsu boleh ditahan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Walaupun kes-kes penyebaran mesej dan berita palsu di media sosial semakin membimbangkan namun, tidak kurang juga individu yang menggunakan platform tersebut sebagai medium bagi menjana pendapatan.
PENYEBARAN FITNAH MELALUI MEDIA SOSIAL
Penyebaran fitnah dan maklumat yang diubah di beberapa platform media sosial masih boleh ditangani.Hari ini,antara peralatan yang popular digunakan untuk memasukkan maklumat ke media sosial termasuk PC ,laptop,tablet,dan telefon pintar.Hanya dalam masa beberapa saat,maklumat dapat sampai kepada beribu-ribu atau jumlahnya mungkin lebih daripada itu.Namun,terdapat segelintir maklumat yang disalurkan ke media sosial dikatakan berunsur lucah,penyelewangan fakta sebenar,dan terdapat juga yang mengandungi unsur fitnah yang disampaikan melalui platform itu.
Unsur fitnah di medi a sosial harus diatasi atau setidak-tidaknya dikurangkan supaya penyampaian maklumat yang lebih bermanfaat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.Masalah fitnah di media sosial hakikatnya boleh diatasi.
FITNAH ,PENGUBAHAN MAKLUMAT
Secara umumnya ,fitnah bermaksud tuduhan sama ada melalui khabar,kisah,dan sebagainya yang diada-adakan untuk memburuk-burukkan seseorang.Penulis berpandangan di media sosial hari ini terdapat fitnah yang jelas akan maksudnya iatu tuduhan yang diadakan untuk memburukkan seseorang.Kedua,anggapan ianya fitnah tetapi ianya berlaku daripada pengubahan maklumat yang tidak disengajakan.PENGUBAHAN MAKLUMAT BERKENAAN BERLAKU DISEBABKAN OLEH FAKTOR-FAKTOR BERIKUT:
- Persepsi-pengalaman seseorang terhadap peristiwa yang dialami hingga memberikan makna kepada pancaindera,perhatian ,harapan ,motivasi ,dan ingatannya.
- Sensai-berlaku hasil daripada ransangan maklumat yang dicerap oleh pancaindera iatu mata,telinga,rasa ,bau.
- Memori-menyimpan maklumat yang diterima hasil merakam,menyimpan dan memanggil.
- Berfikit-proses mengolah maklumat yang terakhir di mana ianya perlu mengingat kembali ,mengenali maklumat yang dikenali,mengulang pelajaran,dan gabungan kembali mengenai pengalaman yang pernah dilalui seseorang.
Bagaimanapun ,perkara lain seperti perbezaan usia,pengalaman,jantina,kaum dan sebagainya juga berupaya mewujudkan persepsi,sensasi ,memori ,dan cara befikir seseorang terhadap sesuatu perkara yang diterima.
MENGATASI FITNAH DI MEDIA SOSIAL
Bagi mengatasi masalah fitnah di media sosial,pengisi maklumat haruslah berhati-hati dengan maklumat yang ingin disebarkan.Hal ini harus diutamakan kerana dibimbangi sebaran maklumat itu walaupun pada awalnya bertujuan baik,namun boleh menyebabkan maklumat tersebut berubah menjadi maklumat yang lain daripada maklumat asal.
KOMUNIKASI PENDEKATAN ISLAM
Sehubungan itu untuk mengatasi fitnah yang berleluasa di media sosial,tahap kefahaman dan ilmu berkaitan bagi mengatasi masalah konflik yang berlaku sangat diperlukan.
- Berdakwah -ianya adalah bentuk komunikasi antara individu dengan individu yang lain atau kelompok.Seharusnya ,perkembangan teknologi yang sedang berlaku di masa kini dijadikan sebagai medium untuk menyampaikan seruan Islam kepada pengguna media baru di masa kini.
- Tugas komunikator- mereka bertanggungjawab menyampaikan seruan kebaikan dan larangan-larangan Allah swt kepada semua manusia.
- Larangan Menghina-agama Islam melarang umatnya menghina dan mengejek orang lain kerana kemungkinan orang yang dihina dan diejek itu lebih mulia daripada yang menghina atau mengejek.
- Waspada terhadap berita yang diterima- setiap berita yang diterima haruslah diselidik terlebih dahulu,terutamanya sebelum sesuatu tindakan itu diambil.
- Menambah ilmu-ilmu dalam bidang berkaitan perlulah ditingkatkan bagi memastikan kefahaman maklumat mengenai maklumat yang diterima dan dapat diinterpretasi dengan sebaik mungkin.
Hakikatnya terdapat pelbagai cara mengatasi fitnah di media sosial manakala penyampai maklumat memainkan peranan penting bagi mengatasi masalah yang kerap berlaku.
No comments:
Post a Comment