navbar

KONSEP PERSAUDARAAN

Setiap umat islam itu bersaudara. Persaudaraan boleh terjadi melalui tiga cara iaitu kelahiran, susunan dan akidah. Persaudaraan menerusi kelahiran merujuk orang yang berkongsi ayah dan ibu iaitu saudara kandung. Persaudaraan juga terjadi menerusi perkahwinan yang seterusnya (ibubapa) yang disebut sebagai keluarga tiri. Menurut Mahmud Muhamad Babeli (2002) saudara juga boleh terjadi menerusi penyusuan yang dikenali sebagai saudara susuan. Kesan daripada hubungan ini, lahirnya ungkapan ‘saudaraku’ atau ‘wahai saudaraku’ apabila mereka memanggil orang yang dikenali. Persaudaraan juga boleh terjadi melalui akidah iaitu persaudaraan atas perkongsian akidah. Hubungan sebegini disebut sebagai ‘saudara seagama’ atau ‘ saudara di sisi Tuhan’. Persaudaraan sebegini merupakan persaudaraan menurut konteks keimanan. Islam telah membezakan antara persaudaraan keimanan dengan persaudaraan darah, selain meninggikan darjat persaudaraan keimanan. Ketinggian darjat yang dianugerahkan itu disebabkan oleh persaudaraan yang terbentuk daripada unsur-unsur rohaniah yang keakrabannya sukar ditandingi oleh persaudaraan darah. Contoh persaudaraan melalui akidah ialah tindakan Rasulluah SAW mempersaudarakan dua golongan iaitu kaum Muhajirin dengan kaum Ansar. Persaudaraan iman antara dua golongan ini telah mendorong sesetengah orang dalam kaum Ansar untuk menawarkan kepada saudaranya iaitu daripada kaum Muhajirin perkongsian harta supaya dapat memilih salah seorang daripada kedua-dua orang isterinya agar boleh diceraikan oleh Si Ansar. Kemudian, isteri yang diceraikan itu dikahwini oleh saudaranya Si Muhajirin setelah perempuan itu tamat tempoh idah. Hal ini dilakukan tanpa berasa kesal atau teragak-agak kerana tawaran yang jujur ini tercetus daripada kerelaan hatinya sendiri.
download
Islam menggesa umatnya agar memperkukuhkan hubungan persaudaraan dalam kalangan umatnya. Bagi merealisasikan konsep persaudaraan dalam Islam ini, beberapa perkara perlu dilaksanakan seperti berikut :
  1. Kasih sayang dan benci hanya kerana Allah SWT
Menurut Hamka (2002), persahabatan dan persaudaraan bukanlah semata-mata untuk tujuan berseronok ketika berkumpul, saling berkongsi rezeki di kedai kopi dan sebagainya kerana mereka yang jahil juga berbuat demikian sesame rakan atau saudara mereka. Persaudaraan yang sebenar ialah perhubungan erat antara satu jiwa dengan jiwa yang lain sehingga dapat menenangkan dan mendamaikan hati antara mereka di samping saling berpesan dan menasihati demi kebaikan dan kebenaran.
  1. Mengutamakan orang lain
Sikap mengutamakan orang lain hanya boleh berlaku dengan keikhlassan dan kerelaan hati. Seseorang itu mencintai orang lain lebih daripada dirinya sendiri. Hal ini merupakan tahap kerjasama sebegitu wujud mererusi sifat saling membantu antara satu sama lain. Sikap ini dipandang tinggi kerana seseorang yang mengutamaan orang lain biasanya akan memberikan haknya atau kepentingannya demi mencari keredaan Allah SWT tanpa mengharapkan balasan bagi amalannya.
bekerjasama
  1. Berkerjasama
Peristiwa terbaik untuk menjelaskan tentang kerjasama antara umat islam ialah perang uhud. Rasulullah SAW telah memutuskan supaya bertahan di kota Madinah. Namun,suara majority tentera ingin bertahan di luar kota Madinah. Lalu, Rasulullah SAW telah melaksanakan keputusan majoriti tersebut walaupun bertentangan dengan keputusan Baginda sendiri. Kerjasama dalam pasukan amat penting dan harus bertitik tolak daripada perencanaan yang rapi, di samping berserah dan harus bertawakal kepada Allah SWT.
Semangat kerjasama berpasukan akan wujud apabila sifat cinta dalam diri seseorang Muslim yang mendorongnya untuk memberikan bantuan kepada saudaranya demi mencari keredaan Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT tidak akan membiarkan seseorang itu berseorangan walau sedetik pun.
a_220113-014
  1. Perasaan Belas Kasihan
Sifat belas kasihan dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian seperti orang dewasa bersikap kasih dan mengasihani orang lain yang kecil dan remaja, manakala orang muda pula sentiasa menghormati orang tua. Orang kaya pula sentiasa bersimpati dan mengasihani orang miskin dengan memberikan sedekah dan bantuan kewangan kepada mereka. Orang yang kuat tenaganya perlu menolong orang lemah. Orang yang alim memberikan tunjuk ajar kepada orang yang jahil supaya dapat memahami dan menghayati Islam dengan cara betul.
  1. Saling Menasihati
Islam ialah agama yang menyeru umatnya saling menasihati antara satu sama lain. Kekuatan umat Islam adalah bergantung kepada sejauh mana umatnya saling berpesan dan ingat-mengingati tentang perkara-perkara kebaikan. Satu hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah kelemahan manusia.
download
  1. Saling Membantu Sesama Islam
Kemanisan dalam persaudaraan dapat dibuktikan apabila perbuatan tolong menolong sesame insan itu dilaksanakan dalam keadaan senang atau susah. Dalam konsep persaudaraan Islam, sesebuah ikatan persaudaraan menjadi hebat apabila mereka mampu berkongsi sama ada perkara yang gembira mahupun sedih. Namun, konsep ini sudah semakin jauh dan tenggelam daripada kehidupan umat Islam. Kebanyakan masyarakat pada hari ini hanya bersama-sama tatkala senang dan gembira. Hal ini bukanlah sebahagian daripada ajaran Islam tentang sebuah persaudaraan.
  1. Saling Bertanggungjawab
Sifat tanggungjawab berkait rapat dengan sifat amanah. Amalan-amalan yang mendatangkan kegembiraan kepada seseorang Muslim ialah saling membantu dalam melaksanakan keperluan sesame saudara kerana Allah SWT. Sesungguhnya, memberikan kegembiraan kepada seseorang Muslim bukanlah berbentuk ucapan, malahan perlu memahami apa yang diucapkan itu. Sekirannya anda berada di puncak, kedudukan anda adalah dengan kehendak Allah SWT, maka gunakanlah kedudukan itu untuk membantu saudara yang lain.

No comments:

Post a Comment