KESIMPULAN
Konsep hubungan sesama manusia,persaudaraan dan kejiranan amat penting unuk difahami. Nilai-nilai murni seperti kasih-sayang, belas kasihan, saling menghormati, bekerjasama dan bertanggungjawab dapat memupuk masyarakat yang bersatu padu dan hidup aman damai. Kehidupan bermasyarakat mempunyai batas-batas yang telah ditetapkan dalam Islam yang melibatkan batas-batas pergaulan dan adab sesama manusia. Dalam konteks Malaysia, integrasi budaya amat dititikberatkan supaya rakyat dapat hidup dengan selesa dan saling menghormati antara satu sama lain. Namun, pelbagai isu seperti perkauman, penyebaran fitnah, hiburan melampau, etika kewartawanan, kesantunan bahasa dan unsur-unsur khurafat perlu ditangani dengan baik supaya tidak wujud perpecahan dalam masyarakat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment